Tengah merendang ke bro ?
Tak puas bagi satu ucapan 🫣. Kali ni kasi dramatic skit .
Banyak terbaca status sebelum pengumuman raya , mana yg dah sampai awal kt kampung kata “ balik awal tak kalut “ . Tapi lepas je umum raya esok , rupanya ayam dan daging tk sempat beli . Lemang x sempat nk masak , ketupat tak sempat nak rebus dan tk sempat nak merendang jugak. 🥴.
Sy ingat lagi masa time kecil dulu , umum raya ikut anak bulan ni memang benar terjadi dan di tunggu. Selalunya hari ini dinamakan hari mantai (org nogori panggil) dimana persiapan akan dibuat pada hari ini. Memang betul excited nk tunggu umum hari raya 🌙 waktu itu.
Selepas tu , hari raya diumum menerusi rukyah dan hisab. Kali ini anak bulan muncul maka ianya disambut tidak seperti tarikh yg dijangkakan. Maka kelam kabut seluruh rakyat Malaysia malam ini untuk membuat persiapan hari raya esok.
Apapun saya yakin ada Hikmah selepas pengumuman hari raya pada tahun ini dan pastinya sama ada ready atau tidak kita akan menyambutnya dengan suasana yg meriah selepas dua tahun tidak menyambut dengan keindahan.
Sekali lagi , kami dari barisan admin dan moderator SMAHI mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua bro2 SMAHI.
Founder
Rodk Dupe