Nah Min @mrtakky nak share kan resepi buat Pizza Tuna tersenang guna roti Gardenia je. Ni ikut citrasa anak2 je la ya..boleh adjust sendiri bahan2 lain mana patut.
Tak perlu pun nak uli2 doh roti bagai. Sangat senang, sedap dan yang penting anak-anak suka. Xsmpai 1/2jam semua dah zasss siap.
BAHAN-BAHAN:
* 4x roti Gardenia
* 2 biji telur
* Mozarella cheese
* Mayonis
* Thousand island mayo
* Cendawan butang
* Nenas
* Tuna mayonis
* Sos cili
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong kecik/dadu roti gardenia
2. Masuk dlm mangkuk & gaulkan dengan telur bagi rata
3. Sapu minyak kat kuali & tuangkan roti tu tadi. Susun rapat2 bagi bulat comel2.
4. Sapukan dengan sos cili & mayonise diikuti tuna, cendawan & nenas.
5. Masukkan thousand island & mozarella cheese.
6. Tutup kuali biar pizza masak sekata dengan api perlahan.
7. Siap, potong & marilah makan
Nyummm!