Program Ukhwah Korban
Bersempena kedatangan bulan Ramadhan ramadhan Al-mubarak, SMAHI dan rakan strategik kami bakal menganjurkan program Ukhwah Korban.
Eh Hari Raya Aidiladha kan lambat lagi, kenapa nak buat program korban awal-awal?
Ini istimewa tentang Program Ukhwah Korban, saban tahun ibadah korban kita jalankan bersama. Namun tak semua berkemampuan untuk melaksanakan ibadah ini atas faktor kewangan.
Melalui Program Ukhwah Korban, anda mampu melakukan ibadah korban secara bayaran ansuran bulanan bermula sekarang.
Semoga usaha kami ini mampu meringankan beban buat yang ingin melaksanakan korban pada tahun ini.
Berpengalaman dan Dipercayai
Melalui Program Ukhwah Korban, bayaran ansuran akan dibuat secara automatik bagi setiap bulan. Anda hanya perlu tunggu tarikh korban nanti.
Kami melakukan sembelihan di rumah sembelih MEATXPERT yang terletak di Meru. Kawasan sembelih dipastikan bersih dan selamat untuk kerja-kerja sembelihan.
KebunKita merupakan satu inisiatif awal bagi membantu petani di Malaysia dengan menjualkan sayur-sayur dan buahan hasil petani tempatan.
Facebook Group Suami Masak Apa Hari Ini mempunyai 318,400 ahli yang menghimpunkan golongan lelaki (Suami dan bakal suami) yang mempunyai minat yang sama iaitu memasak dan menerusi SMAHI, serta mewujudkan semangat persaudaraan yang kukuh sesama ahli.
MeatXpert merupakan syarikat bumiputera yang menguruskan ternakan lembu dan juga menjual daging premium.
Berapa Harga Bagi Satu Bahagian
Kami menyediakan dua pilihan saiz lembu, A dan B. Anda juga boleh memilih untuk melakukan korban buat diri sendiri atau korban untuk diberikan pada asnaf. Bagi korban untuk diberikan pada asnaf, caj tambahan RM50 akan dikenakan bagi setiap satu bahagian.
Bagi kaedah pembayaran, anda boleh memilih untuk membayar secara tunai atau ansuran(tanpa riba). Bagi bayaran ansuran, pihak PayWithSplit mengenakan caj pengurusan sekitar 4.5%.