“Kami menyambut baik dan sangat gembira untuk bekerjasama menganjurkan inisiatif ini kerana ia dapat membantu para penternak haiwan ruminan khususnya lembu dan kambing bagi memasarkan hasil ladang mereka yang terjejas teruk akibat PKP selama lebih 3 bulan. Tambahan pula, permintaan terhadap hasil berkenaan yang diterima daripada masjid-masjid dan surau-surau pada tahun ini untuk ibadah korban adalah sangat berkurangan. Oleh itu, inisiatif Berkat Korban sedikit sebanyak membuka peluang kepada kelangsungan perusahaan para penternak berkenaan.”- Haji Nordin Mat, Pengerusi Koop GTR.
Jom sertai ibadah korban tahun ini bersama Berkat Korban di www.smahi.my atau di mana-mana cawangan AEON seluruh Malaysia