Infak Kasih

Program Infak Kasih
Bersempena kedatangan bulan Ramadhan ramadhan Al-mubarak, Awleeya bersama SMAHI menganjurkan program infaq dimana hasil jualan kurma akan diagihkan kepada masjid dan surau yang telah kami pilih didalam bentuk pek makanan untuk berbuka puasa atau moreh.
Bulan ramadhan adalah bulan penuh barokah dan kita digalakkan memperbanyakkan ibadah terutamanya infaq dan sedekah.
Mudah-mudahan sumbangan ikhlas muslimin dan muslimat mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah swt. Sudah pasti menyantuni golongan yang memerlukan dan susah merupakan perbuatan yang dicintai oleh Rasulullah saw.
Tidak kenal maka tidak Cinta
Program ini datang dengan 3 jenis kurma. Ajwa Aliyah, Safawi dan Mariami. Ajwa Aliyah Kurma Istimewa, Safawi pilihan ramai dan Mariami sesuai untuk anak yang sukakan kurma, kerana ianya manis dan lembut.

Kurma Ajwa Aliyah Jumbo AAA VIP atau lebih dikenali sebagai Kurma Nabi dari Madinah Al Munawwarah.
Kurma Ajwa Aliyah ialah kurma Ajwa kualiti terbaik.Kurma baru dan segar, saiz jumbo (besar) dengan rasa yang tidak terlalu manis, lembut dan enak. Pasti digemari ramai.

Kurma Safawi Jumbo VIP ialah kurma kering dari Madinah Al Munawwarah. Kurma yang popular di kalangan umat islam di Malaysia.
Kurma baru dan segar, gabungan texture yang agak kenyal dan lembut serta bersaiz besar. Pastinya berkhasiat dan sedap dinikmati bila-bila masa

Kurma Mariami AAA VIP ialah kurma kering dari Iran. Texture berbeza sedikit dari Kurma Safawi.
Isi lembut dan rasa tidak terlalu manis dan licin di dalam mulut. Juga pilihan popular umat Islam di Malaysia.
Ikhlas Dari Kami


:::Hadiah Percuma:::
Istimewa tahun ini Awleeya nak berikan Hadiah Mini Planner Ramadhan untuk anda semua untuk setiap pembelian kurma.
Setiap 1 Pack Kurma, anda akan menerima 1 Mini Planner Ramadhan Eksklusif dari kami.
Mini Planner Ramadhan
- Bersaiz Poket dan Full-colored
- 30 hari lengkap Ramadhan
- Surah Tracker
- Sedeqah Checklist
- Sesuai digunakan untuk melatih anak-anak berpuasa penuh
- Membantu mencapai Ramadan yang terbaik Insya-Allah
- Sesuai untuk dijadikan hadiah
Jom pilih kurma anda
Setiap pembelian sudah termasuk kos penghantaran (kecuali Sabah dan Sarawak) dan anda hanya perlu tambah fees online banking sebanyak RM1.00.
Senarai masjid & surau untuk program Infak Kasih
- Masjid Putrajaya
- Surau Nur Muhammad, Bandar Tasik Kesuma, Beranang
- Masjid Al-Syakirin, Gombak
- Masjid Jamek Kg Baru
- Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz, Shah Alam
- Surau Al-Ikhwan Taman Samudera, Batu Caves